![]() |
Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, namun kerajaan Turki mendakwa ia angkara Militan Daish (IS) |
ISTANBUL: Tiga serangan bom bunuh diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul, Turki pada Selasa (waktu tempatan) telah mengorbankan 41 nyawa, 13 daripadanya warga asing dan mencederakan 239 yang lain.
Pejabat Gabenor Istanbul dalam satu kenyataan turut memaklumkan 109 dari 239 yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital.
Seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata lima yang terbunuh adalah warga Arab Saudi, dua Warga Iraq dan seorang dari Tunisia, Uzbekistan, China, Iran, Ukraine dan Jordan masing-masing.
Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggung jawab ke atas serangan itu, namun kerajaan Turki mendakwa ia angkara militan Daish (IS).
Turki sehingga kini masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap tertinggi susulan beberapa siri serangan oleh kumpulan Daish dan militan Kurdish kebelakangan ini.
Daish bagaimanapun tidak pernah mengaku bertanggung jawab ke atas serangan di Turki namun kerajaan Turki menyalahkan kumpulan itu ke atas serangan di Ankara pada Oktober 2015, yang mengorbankan lebih 100 nyawa dan serangan di daerah Istiklal Street yang meragut tiga nyawa pelancong Israel dan seorang Iran. -Astro Awani.
Kesimpulan:
Apabila peperangan sebegini terjadi, maka tidak amanlah kehidupan rakyat-rakyat di negara tersebut. Maka, hak mendapat kebebasan hidup telah dicabuli seterusnya mereka tidak akan berasa aman dan sentiasa di dalam ketakutan kerana mereka tidak mengetahui apakah nasib yang bakal mereka perolehi kelak. Adakah mereka juga akan dibom atau sebaliknya. Semua rakyat di dunia ini mempunyai hak yang sama dan janganlah sesekali kita mencabuli hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Bersama-samalah kita muhasabah diri pada bulan mulia ini iaitu Bulan Ramadhan untuk berlaku adil terhadap semua pihak.
No comments:
Post a Comment