Thursday, 30 June 2016

IKEA menarik balik beberapa barangan yang dijual



IKEA merupakan antara tempat yang popular bagi seisi rumah untuk membeli-belah perabot mereka. apakah isu yang ingin saya lontarkan di sini adalah berkenaan dengan isu penarikan balik beberapa barangan yang dijual. Ini kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan para pelanggan yang membeli barang tersebut. Pada tahun ini, saya mengetahui 2 barangan yang ditarik balik iaitu:



  1. 9 Februari 2016, IKEA menarik balik beberapa jenis lampu siling HYBY, Lock, Rinna.


IKEA meminta pelanggannya yang memiliki lampu siling HYBY, Lock atau Rinna agar segera mengembalikan produk terbabit ke kedai  Ikea dan menerima bayaran balik sepenuhnya. 

Dalam satu kenyataan hari ini, kedai perabot itu berkata ia menerima laporan daripada pelanggan di seluruh dunia mengenai insiden penutup kaca lampu berkenaan terjatuh.

Ada beberapa kejadian melibatkan mangsa perlu mendapatkan rawatan perubatan termasuk satu kes di Malaysia, katanya.

"Ikea memandang serius aspek keselamatan produk. Semua produk kami diuji bagi mematuhi piawaian dan undang-undang."

"Di sebalik semua ini, kami menerima laporan lampu siling Lock dan HYBY jatuh daripada siling. Bagi menjamin keselamatan pengguna dan mengelakkan kejadian tidak diingini seterusnya, kami menarik balik produk terbabit dengan bayaran balik penuh," kata  Ikea.

Lampu siling LOCK dan HYBY masing-masing dijual di Malaysia sejak 2002 dan 2012.
Lampu siling Rinna pula hanya terdapat di 11 negara Eropah dan di China. Produk ini tidak dijual di Malaysia.

Pelanggan tidak perlu mengemukakan bukti pembelian bagi mendapatkan bayaran balik penuh, kata  Ikea yang turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan. -Bernama





     2. 29 Jun 2016, IKEA mearik balik hampir 36 juta Almari Laci.




Syarikat perabot terkemuka Sweden, IKEA menarik balik hampir 36 juta almari laci di Amerika Syarikat dan Kanada.

Tindakan diambil susulan kematian enam orang kanak-kanak yang dikaitkan dengan perabot almari laci 'Malm' sejak tahun 1989.

Laci itu boleh terbalik sekiranya tidak dilekatkan di dinding dengan betul.

2 kanak-kanak meninggal dalam kejadian yang berasingan apabila laci itu menghempap beliau pada tahun 2014.

Ikea juga turut menerima 41 aduan yang mengakibatkan 19 orang cedera selain 3 kanak-kanak maut sejak tahun 1989 hingga 2007.

Penarikan balik produk yang membabitkan 6 model almari laci 'Malm' yang dihasilkan pada 2002 hingga 2016. -Buletin TV3



Kesimpulan:
Apa yang saya boleh simpulkan di sini adalah hak pelanggan untuk mendapat kebebasan selepas pembelian dicabuli. Pelanggan yang tidak menerima risiko terbabit turut harus mengambil tindakan memulangkan barangan terbabit atas dasar keselamatan. Manakala pelanggan yang terlibat dengan risiko berkenan menghadapi tekanan di mana barangan tersebut tidak selamat dan mengakibatkan kecederaan bahkan kematian. Sebagai pelanggan, kita sedia maklum bahawa barangan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan dan perkara-perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Tetapi bagi pihak pelanggan juga, kita seharusnya memastikan bahawa kita mengikuti segala arahan yang dibekalkan untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku. Diharapnya selepas ini Ikea lebih menitikberatkan faktor keselamatan barangan yang dikeluarkan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi. 

No comments:

Post a Comment