Anomie?
Apakah itu Anomie? Adakah kesemua manusia di dunia ini sedar akan kewujudan
perkataan anomie? Ayuh kita kupas dengan lebih lanjut berkaitan anomie......
Anomie
adalah sebuah istilah yang diperkenalkan oleh Émile Durkheim untuk
menggambarkan keadaan yang kacau, tanpa peraturan. Kata ini berasal dari bahasa
Yunani a-: "tanpa", dan nomos: "hukum" atau
"peraturan".
Maksud
lain bagi istilah anomie ini ialah sesuatu keadaan seseorang itu hilang arah
haluan ataupun keliru dengan nilai dan norma masyarakat yang menjadikannya
dalam keadaan ‘ketiadaan norma’ atau normlessness. Oleh itu, menurut beliau
conformity dan obedeince (pengukuhan) menjadi kurang penting apabila hasrat
individu untuk mencapai sesuatu menjadi mustahil. Hal ini kerana, seseorang itu
akan bebas melakukan tindakan yang tidak sesuai dan meniumbulkan perasaan tidak
perlu kepada norma-norma masyarakat. Teori ini berdasarkan tulisan Dudrkheim
dalam menjelaskan fenomena manusia membunuh diri disebabkan oleh keadaan
masyarakat dan bukannya individu itu sendiri. Menurut Durkheim, keadaan ini
wujud kerana berlakunya keruntuhan ekonomi, perubahan sosial dan masa ketiadaan
kawalan sosial dalam masyarakat (Durkheim, 1996: 131).
Sebagai
contoh, seperti yang kita dapat lihat sekarang, ramai perempuan di luar sana
yang memakai pakaian ketat sehingga menampakkan sedikit tubuh badan mereka.
Mengapa hal ini terjadi? Ini kerana masuknya budaya baru yang kebanyakannya
melalui televisyen. Dengan menonton televisyen, dengan tidak sedar, kita telah
menerima budaya baru dari kota yang moden. Nilai tradisi yang dulu dianuti lama
kelamaan akan memudar daripada diri individu dan digantikan dengan budaya yang
baru itu. Mereka tidak mempunyai pilihan lain dan akan menerima budaya tersebut
tanpa memikirkan baik buruknya budaya baru tersebut.
Setakat
ini sahaja penjelasan saya mengenai Anomie. Segala kesilapan input di post ini,
mohon diperbetulkan melalui ruangan komen. Semoga berjumpa di ruangan
seterusnya. Zai jian!