Monday, 14 March 2016

Manusia ada Hak tersendiri?



Apa itu Human Rights? Pentingkah Human Rights kepada manusia di alam ini? Mungkin segelintir daripada kita akan mempersoalkannya. Maka, terhasillah blog ini untuk merungkai apa itu Human Rights, isu-isu Human Rights yang sering timbul di kalangan manusia dan sebagainya. 

Marilah kita berkenalan dengan Human Rights. Human Rights atau dikenali sebagai Hak Asasi Manusia mempunyai pelbagai definisi mengikut tafsiran individu yang berbeza-beza. Sejak lahir, manusia telah mempunyai hak asasi yang harus dijunjung tinggi dan diakui oleh semua orang. Hak asasi berasal daripada Tuhan Yang Maha Esa dan diberikan kepada manusia. 

Hak Asasi Manusia (HAKAM) juga muncul daripada keyakinan manusia itu sendiri, bahwasanya semua manusia selaku makhluk ciptaan Tuhan adalah sama dan sedarjat. Manusia dilahirkan bebas dan memiliki martabat serta hak-hak yang sama. Atas dasar itulah manusia harus diperlakukan secara sama adil dan beradab. HAKAM bersifat universal yang bermaksud berlaku untuk semua manusia tanpa membeza-bezakan ras, agama, suku dan bangsa (etnik). Hak inilah yang saya perkatakan di tajuk post ini.

Antara bahagian asas untuk Hak Asasi Manusia ialah:

  1. Hak Asasi Peribadi (Personal Rights)

         Hak asasi manusia ini bersifat peribadi sehingga dapat memberikan kebebasan untuk bergerak, memilih pasangan hidup, bebas menyuarakan pendapat, memiliki hak kebebasan untuk aktif dalam suatu organisasi, hak dalam menjalankan perintah Tuhan dan sebagainya.

      2. Hak Asasi Politik (Political Rights)

         Hak asasi politik merupakan sebahagian daripada hak asasi manusia yang berhak untuk memilih dan dipilih dalam setiap pemilihan. Ini membawa maksud bahawa setiap orang berhak memilih pemimpin yang akan memerintah sesebuah Negara, negeri, daerah, persatuan dan sebagainya.

      3. Hak Asasi Ekonomi (Property Rigths)

         Hak asasi ekonomi berhubungan dengan perekonomian di mana setiap orang berhak melakukan proses jual beli, berhak dalam mengadakan sebuah perjanjian kontrak, kebebasan menyelenggarakan sewa-menyewa dan hutang-piutang, berhak memiliki sesuatu pekerjaan yang layak dengan dirinya dan sebagainya.

Terdapat banyak lagi input menarik mengenai Human Rights ini tetapi ini sahaja yang saya dapat kongsikan setakat ini dan semoga ia bermanfaat untuk anda terutamanya kepada sesiapa yang baru sahaja ingin mengetahui apa itu Human Rights. 

Nota kaki: Sekiranya terdapat kesalahan input di blog ini, anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen anda supaya kita sama-sama memahami dan belajar dengan lebih mendalam lagi tentang Human Rights ini. Terima kasih dan semoga berjumpa di ruangan berikutnya! :)

1 comment:

  1. Penulisan yang teratur dan mudah difahami. Bagi yang masih tidak mengetahui apakah hak asasi mereka sebagai manusia, saya pasti blog ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka. Apapun, feel free to visit and give your opinion about my blog.

    atulhakam.blogspot.my

    ReplyDelete