Sunday, 20 March 2016

Hak Asasi Manusia: Agenda Jahiliah


Lirik lagu Agenda Jahiliah / Kita Perang Kita Menang - Bunkface:



Seorang pemuda miskin hilang,

Tiada Pencarian,
Seorang anak muda kaya hilang,
Beribu pencarian,
Dulu kau berani tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,
Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,
Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,
Mereka dipilih atas nama,
Yang hanya berkuasa,
Dunia hitam menjadi rebutan,
Agenda Jahiliah,
Dulu kau berani tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,
Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,
Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,
Semakin ku tentang,
Semakin ku rasakan,
Kemahuan mu dalam diam,
Mereka cuma mahukan dunia,
Kuasa memberi segala-segalanya,
Bagi mereka,
Dunia pemberi makna,
Kini semua hilang berubah,
Apa yang tinggal hanya sengsara,
Mereka tak akan menggalah,
Namun aku tak akan mendiam,
Kita akan bangkit semula,
Menentang di masa hadapan,
Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Dan kita menang.......


Ulasan saya mengenai lagu ini:

Lagu ini berkisarkan diskriminasi antara orang kaya dengan orang miskin. Sepertimana yang dapat kita lihat pada 4 rangkap terawal, di mana orang miskin diabaikan manakala orang yang berharta dan berpangkat sentiasa mendapat tempat di mata dunia. Sekiranya malang yang menimpa orang miskin, tiada siapa yang mengendahkannya tetapi apabila malang yang menimpa orang kaya, beribu-ribu pertolongan datang menerpa. Adakah ini yang dinamakan suatu keadilan? Setiap individu masih mempunyai hak yang sama walaupun terdapat perbezaan dari segi harta, pangkat dan kuasa. Tetapi mengapa hal sedemikian boleh terjadi? Hak mereka sepatutnya diperjuangka bukan diabaikan. 

Seterusnya, lagu ini menyentuh isu duniawi di mana pemerintah-pemerintah dipilih atas dasar nama beliau sahaja bukan sumbangan yang diketengahkan. Maka, terhasillah manusia-manusia yang hanya mengejar duniawi semata-mata tanpa memikirkan impak yang bakal diterima oleh rakyat bawahan terutamanya golongan miskin. Dengan kata lain, golongan bawahan ditindas dengan kejam dan suara-suara rakyat bawahan langsung tidak diendahkan. Bagi mereka, kuasa di dunia ini adalah sesuatu yang teragung dan bernilai. Tetapi apakah ertinya kuasa itu sekiranya tidak dijalankan dengan sebaiknya? Menerusi lagu ini, kelihatan orang-orang miskin bangkit menuntut keadilan yang sewajarnya tanpa mengenal erti putus asa. Adakah kemenangan yang bakal dimiliki? Semoga semangat jati diri yang utuh sentiasa tersemat di dalam jiwa sanubari golongan-golongan yang tertindas ini.


Nota kaki: Sekiranya terdapat kesalahan input di blog ini, anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen anda supaya kita sama-sama memahami dan belajar dengan lebih mendalam lagi tentang Human Rights ini. Terima kasih dan semoga berjumpa di ruangan berikutnya! :)

No comments:

Post a Comment