Tuesday, 22 March 2016

Anomie?





Anomie? Apakah itu Anomie? Adakah kesemua manusia di dunia ini sedar akan kewujudan perkataan anomie? Ayuh kita kupas dengan lebih lanjut berkaitan anomie......

Anomie adalah sebuah istilah yang diperkenalkan oleh Émile Durkheim untuk menggambarkan keadaan yang kacau, tanpa peraturan. Kata ini berasal dari bahasa Yunani a-: "tanpa", dan nomos: "hukum" atau "peraturan".

Maksud lain bagi istilah anomie ini ialah sesuatu keadaan seseorang itu hilang arah haluan ataupun keliru dengan nilai dan norma masyarakat yang menjadikannya dalam keadaan ‘ketiadaan norma’ atau normlessness. Oleh itu, menurut beliau conformity dan obedeince (pengukuhan) menjadi kurang penting apabila hasrat individu untuk mencapai sesuatu menjadi mustahil. Hal ini kerana, seseorang itu akan bebas melakukan tindakan yang tidak sesuai dan meniumbulkan perasaan tidak perlu kepada norma-norma masyarakat. Teori ini berdasarkan tulisan Dudrkheim dalam menjelaskan fenomena manusia membunuh diri disebabkan oleh keadaan masyarakat dan bukannya individu itu sendiri. Menurut Durkheim, keadaan ini wujud kerana berlakunya keruntuhan ekonomi, perubahan sosial dan masa ketiadaan kawalan sosial dalam masyarakat (Durkheim, 1996: 131).

Sebagai contoh, seperti yang kita dapat lihat sekarang, ramai perempuan di luar sana yang memakai pakaian ketat sehingga menampakkan sedikit tubuh badan mereka. Mengapa hal ini terjadi? Ini kerana masuknya budaya baru yang kebanyakannya melalui televisyen. Dengan menonton televisyen, dengan tidak sedar, kita telah menerima budaya baru dari kota yang moden. Nilai tradisi yang dulu dianuti lama kelamaan akan memudar daripada diri individu dan digantikan dengan budaya yang baru itu. Mereka tidak mempunyai pilihan lain dan akan menerima budaya tersebut tanpa memikirkan baik buruknya budaya baru tersebut.


Setakat ini sahaja penjelasan saya mengenai Anomie. Segala kesilapan input di post ini, mohon diperbetulkan melalui ruangan komen. Semoga berjumpa di ruangan seterusnya. Zai jian!

5 comments:

  1. assalammualaikum w.b.t
    wah...pujian bg saya. entry ni sangat menarik dan mudah difahami. Seandainya masyarakat tidak mengetahui apa itu anomie, sedikit sebanyak pasti mereka faham setelah baca entry ini. Nampaknya masih banyak kena belajar.

    Feel free to visit my blog
    atulhakam.blogpsot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pujian yang diberikan. Walaubagaimanapun, ini hanyalah gambaran kasar kepada mereka yang tidak mengetahui apa itu anomie :)

      Delete
  2. NORSYAHIDAH BINTI ARIFIN (A154119)
    Assalamualaikum,
    Gud job penerangan maksud anomie yang mudah difahami dengan menggunakan bahasa yang santai

    melawatlah ke blog saya jika berkelapangan,
    syahidahumanrights.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang menarik, boleh saya dapatkan rujukannya>

    ReplyDelete