Thursday, 30 June 2016

Serangan di Istanbul


Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab
ke atas serangan itu, namun kerajaan Turki mendakwa ia
angkara Militan Daish (IS)
ISTANBUL: Tiga serangan bom bunuh diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul, Turki pada Selasa (waktu tempatan) telah mengorbankan 41 nyawa, 13 daripadanya warga asing dan mencederakan 239 yang lain.

Pejabat Gabenor Istanbul dalam satu kenyataan turut memaklumkan 109 dari 239 yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital.

Seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata lima yang terbunuh adalah warga Arab Saudi, dua Warga Iraq dan seorang dari Tunisia, Uzbekistan, China, Iran, Ukraine dan Jordan masing-masing.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggung jawab ke atas serangan itu, namun kerajaan Turki mendakwa ia angkara militan Daish (IS).
Turki sehingga kini masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap tertinggi susulan beberapa siri serangan oleh kumpulan Daish dan militan Kurdish kebelakangan ini.

Daish bagaimanapun tidak pernah mengaku bertanggung jawab ke atas serangan di Turki namun kerajaan Turki menyalahkan kumpulan itu ke atas serangan di Ankara pada Oktober 2015, yang mengorbankan lebih 100 nyawa dan serangan di daerah Istiklal Street yang meragut tiga nyawa pelancong Israel dan seorang Iran. -Astro Awani.


Kesimpulan:
Apabila peperangan sebegini terjadi, maka tidak amanlah kehidupan rakyat-rakyat di negara tersebut. Maka, hak mendapat kebebasan hidup telah dicabuli seterusnya mereka tidak akan berasa aman dan sentiasa di dalam ketakutan kerana mereka tidak mengetahui apakah nasib yang bakal mereka perolehi kelak. Adakah mereka juga akan dibom atau sebaliknya. Semua rakyat di dunia ini mempunyai hak yang sama dan janganlah sesekali kita mencabuli hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Bersama-samalah kita muhasabah diri pada bulan mulia ini iaitu Bulan Ramadhan untuk berlaku adil terhadap semua pihak. 

Brexit. Kekal atau keluar?


Brexit adalah sebuah proses referendum yang diselenggarakan Inggris berkaitan dengan keanggotaannya di Uni Eropa. Kata Brexit sendiri merupakan akronim dari Great Britain's Exit, mengacu pada wacana Negara, Ratu Elizabeth untuk keluar daripada keanggotaan organisasi kawasan tersebut di dunia tersebut. Proses referendum yang dimaksudkan dilakukan pada hari Khamis, 23 Jun 2016.


KUALA LUMPUR1. Apakah Referendum UK?

Referendum UK adalah pungutan suara yang dicadangkan Perdana Menteri UK, David Cameron selepas pilihan raya pada 2015 bagi mengutip undi rakyat United Kingdom (UK) untuk menentukan sama ada UK kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Selain menentukan nasib UK dalam EU, ia juga bakal mencorak penglibatan UK dalam beberapa isu utama termasuk imigresen, kerjasama ekonomi dan konsep pergerakan bebas EU.

Pungutan suara serupa pernah dijalankan pada 1975 bagi menentukan keahlian UK dalam Komuniti Ekonomi Eropah (EEC), badan kerjasama awal dalam kalangan negara Eropah yang kemudiannya dibentuk menjadi EU pada 1993.

67 peratus rakyat Britain mengundi untuk Britain kekal dalam EEC pada 1975.

Referendum untuk menentukan keahlian Britain dalam EU diadakan pada 23 Jun 2016.


2. Siapa yang boleh mengundi?


Semua rakyat UK layak mengundi, ini bermakna Britain, Scotland, Ireland dan Wales.

Selain itu, rakyat UK yang menetap di luar negara kurang 15 tahun turut diberi hak untuk mengundi.

Hak mengundi turut diberi kepada semua warga Komanwel yang menetap di UK. Ini antara lain termasuk rakyat dari negara seperti Malaysia, Australia, Kanada dan India.

Hanya mereka berumur 18 tahun ke atas diberi hak mengundi.


3. Apa sentimen rakyat Britain terhadap referendum ini?

Rata-rata rakyat Britain didapati masih berbelah bahagi, sama ada untuk mengundi kekal dalam EU atau sebaliknya.

Tinjauan terbaru oleh akhbar Britain, Financial Times mendapati peratusan rakyat Britain yang ingin kekal berbanding mereka yang ingin keluar EU masing-masing berada pada 44 peratus, sementara baki 12 peratus berada di atas pagar.

Bagaimanapun pakar berpendapat, insiden pembunuhan Jo Cox, Wakil Parti Buruh dan penyokong kempen Britain kekal di EU pada 16 Jun 2016 didapati meningkatkan sentimen negatif terhadap kempen keluar EU.

Ini bagaimanapun masih belum dicerminkan di dalam apa-apa data rasmi - yang masih menunjukkan taburan sama rata dalam kalangan rakyat Britain.

4. Siapa yang ada dalam kempen 'Remain' dan 'Leave'?

Kempen 'Remain'


Diketuai Perdana Menteri David Cameron, antara isu yang dibawa kempen 'Remain' adalah ekonomi.

Ia mengambarkan kesan buruk sekiranya hubungan antara blok dagangan UK dan EU terputus dan perlu dirunding semula. 





Cameron & Johnson masing-masing mengetuai kempen 'Remain' dan 'Leave'







Malah, kempen 'Remain' menyifatkan pemisahan akan menghapuskan kuasa UK terhadap dunia melalui EU yang selama ini memainkan peranan besar dalam dagangan dunia.

Selain itu, dilemanya adalah bagaimana sistem pekerjaan rentas sempadan akan dirombak susulan pembatalan keahlian UK dalam EU.

Ini bakal menyaksikan pekerja EU di UK terpaksa memohon visa bagi kemasukan ke UK sekali gus menyukarkan majikan.

Malah, tarif dagangan antara UK dan EU akan berubah kepada asal dan menyaksikan barangan lebih mahal diimport ke UK.

EU membeli 50 peratus eksport UK dengan lebih 300,000 syarikat Britain beroperasi di EU.

Jika ia keluar dari EU, ini bermakna UK perlu berunding semula terma dagangan bebas dengan negara lain kerana sebelum ini rundingan dilakukan atas kapasiti EU.

Dari segi pekerjaan juga, sejumlah 3.5 juta pekerjaan di Britain berkait dengan keahlian Britain dalam pasaran tunggal EU.

Kempen 'Leave'

Diketuai bekas Datuk Bandar London Boris Johnson, sentimen utama yang dimainkan adalah krisis pelarian dan imigresen.

Kempen pemisahan menyifatkan EU satu kesatuan gagal dengan mengambil contoh Greece yang masih terperangkap dalam kancah hutang.

Selain itu pergerakan bebas penduduk EU ke UK dan menikmati manfaat sama seperti rakyat UK turut dipertikai.

Mereka mendakwa Britain yang terkenal dengan slogan 'Great Britain' kini hanya tinggal 'Britain'.

Justeru mereka mahu kuasa menentukan hala tuju negara terutama dalam isu imigresen dan ekonomi ditentukan sendiri oleh Britain tanpa campur tangan EU.
Kempen ini mendakwa Britain terpaksa membayar yuran keahlian 17.4 bilion Pound setahun, di mana mereka berpendapat lebih baik dilaburkan untuk kebajikan penduduk UK.

Isu imigresen yang ditimbulkan termasuk bagaimana kawalan imigresen EU ditentukan oleh EU menyaksikan penduduk rantau itu lebih mudah datang ke UK berbanding penduduk negara Komanwel.



Petani UK turut berbelah bahagi mengenai isu Brexit susulan isu pemberian subsidi pertanian yang bakal bertukar.










5. Apa kesan kepada Malaysia?

Kesannya adalah minimum terhadap dagangan Malaysia memandangkan UK bukan 10 negara teratas dagangan Malaysia.

Namun beberapa kesan yang disifatkan baik akan dinikmati sekiranya UK keluar EU.

Antaranya, Ketua Ekonomi IQI Shan Saeed meramalkan nilai Pound akan jatuh sebaris nilai Dolar. Ini bermakna, kos ke UK lebih murah!

Ketua Ekonomi Alliance Bank Monakaran Mottain berkata sekiranya Brexit berlaku, ringgit dan mata wang utama lain akan kembali mengukuh tetapi jika sebaliknya, ringgit mungkin menyusut dan boleh mencecah RM6 berbanding pound.

Bukan itu sahaja, perbezaan nilai Pound ini amat kritikal kerana jumlah pelajar Malaysia yang besar di UK.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Isnin menyatakan tidak bimbang mengenai ketidaktentuan berkaitan pungutan suara Britain keluar EU.


Ini kerana pendedahan rendah dana itu kepada Pound Sterling meskipun merupakan antara pemegang kepentingan dalam projek Battersea di London.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan, hanya 1 peratus dari 26 peratus asset global KWSP terdedah kepada Pound.


-Astro Awani.

IKEA menarik balik beberapa barangan yang dijual



IKEA merupakan antara tempat yang popular bagi seisi rumah untuk membeli-belah perabot mereka. apakah isu yang ingin saya lontarkan di sini adalah berkenaan dengan isu penarikan balik beberapa barangan yang dijual. Ini kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan para pelanggan yang membeli barang tersebut. Pada tahun ini, saya mengetahui 2 barangan yang ditarik balik iaitu:



  1. 9 Februari 2016, IKEA menarik balik beberapa jenis lampu siling HYBY, Lock, Rinna.


IKEA meminta pelanggannya yang memiliki lampu siling HYBY, Lock atau Rinna agar segera mengembalikan produk terbabit ke kedai  Ikea dan menerima bayaran balik sepenuhnya. 

Dalam satu kenyataan hari ini, kedai perabot itu berkata ia menerima laporan daripada pelanggan di seluruh dunia mengenai insiden penutup kaca lampu berkenaan terjatuh.

Ada beberapa kejadian melibatkan mangsa perlu mendapatkan rawatan perubatan termasuk satu kes di Malaysia, katanya.

"Ikea memandang serius aspek keselamatan produk. Semua produk kami diuji bagi mematuhi piawaian dan undang-undang."

"Di sebalik semua ini, kami menerima laporan lampu siling Lock dan HYBY jatuh daripada siling. Bagi menjamin keselamatan pengguna dan mengelakkan kejadian tidak diingini seterusnya, kami menarik balik produk terbabit dengan bayaran balik penuh," kata  Ikea.

Lampu siling LOCK dan HYBY masing-masing dijual di Malaysia sejak 2002 dan 2012.
Lampu siling Rinna pula hanya terdapat di 11 negara Eropah dan di China. Produk ini tidak dijual di Malaysia.

Pelanggan tidak perlu mengemukakan bukti pembelian bagi mendapatkan bayaran balik penuh, kata  Ikea yang turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan. -Bernama





     2. 29 Jun 2016, IKEA mearik balik hampir 36 juta Almari Laci.




Syarikat perabot terkemuka Sweden, IKEA menarik balik hampir 36 juta almari laci di Amerika Syarikat dan Kanada.

Tindakan diambil susulan kematian enam orang kanak-kanak yang dikaitkan dengan perabot almari laci 'Malm' sejak tahun 1989.

Laci itu boleh terbalik sekiranya tidak dilekatkan di dinding dengan betul.

2 kanak-kanak meninggal dalam kejadian yang berasingan apabila laci itu menghempap beliau pada tahun 2014.

Ikea juga turut menerima 41 aduan yang mengakibatkan 19 orang cedera selain 3 kanak-kanak maut sejak tahun 1989 hingga 2007.

Penarikan balik produk yang membabitkan 6 model almari laci 'Malm' yang dihasilkan pada 2002 hingga 2016. -Buletin TV3



Kesimpulan:
Apa yang saya boleh simpulkan di sini adalah hak pelanggan untuk mendapat kebebasan selepas pembelian dicabuli. Pelanggan yang tidak menerima risiko terbabit turut harus mengambil tindakan memulangkan barangan terbabit atas dasar keselamatan. Manakala pelanggan yang terlibat dengan risiko berkenan menghadapi tekanan di mana barangan tersebut tidak selamat dan mengakibatkan kecederaan bahkan kematian. Sebagai pelanggan, kita sedia maklum bahawa barangan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan dan perkara-perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Tetapi bagi pihak pelanggan juga, kita seharusnya memastikan bahawa kita mengikuti segala arahan yang dibekalkan untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku. Diharapnya selepas ini Ikea lebih menitikberatkan faktor keselamatan barangan yang dikeluarkan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi. 

Saturday, 23 April 2016

Handphone meletup apabila tekan butang jawab


Artikel dipetik daripada Harian Metro, 23 April 2016.

Yan: Pemandu bot cedera di muka kanan, telinga, dada dan tangan kanan apabila telefon bimbit sedang dicaj meletup dalam kejadian di Kampung Titi Serong, Yan.

Kejadian ketika Muhammad Syawal Md Isa, 27, menjawab panggilan telefon yang diletakkan di atas meja, kira-kira 3 pagi hari ini.

Ketika itu, dia sedang tidur bersama anak perempuan berusia tiga tahun, tetapi bangun untuk menjawab telefon seorang diri.

Muhammad Syawal berkata, tiba-tiba telefon bimbit di tangannya meletup dengan kuat ketika menekan butang menjawab sebelum berasa mata, muka dan tangan kanannya terlalu sakit.

"Saya kemudian berlari ke rumah ibu saudara yang terletak bersebelahan bagi meminta bantuan sebelum dihantar ke Hospital Yan bagi mendapatkan rawatan," katanya.
Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan mengesahkan lelaki cedera di muka kanan, telinga kanan, dada sebelah kanan dan tangan kanan menerima rawatan di Hospital Yan.

Menurutnya, lelaki itu kemudian dirujuk ke HSAH sebelum dimasukkan ke Wad Oftalmologi (mata) untuk rawatan pakar.

"Pemeriksaan pakar oftalmologi mendapati terdapat kecederaan pada telinga kanan dan permukaan kulit yang terbakar dengan serpihan besi di bahagian kanan muka, dada dan tangan kanan.

"Selain itu, mangsa turut luka pada kornea mata kanan dan terdapat serpihan bendasing dalam mata selain samping pendarahan pada telinga kanan.

"Lelaki itu dijangka dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, bagi mendapat pemeriksaan lanjut oleh Pakar Oftalmologi pengkhususan bahagian kornea," katanya.




Apa yang saya boleh ambil untuk jadikan iktibar berdasarkan kejadian ini adalah suatu peringatan kepada saya dan juga kepada sesiapa sahaja yang menggunakan telefon bimbit agar lebih berhati-hati kerana malang tidak berbau. Ramai di antara kita suka mengecaj telefon bimbitnya semasa tidur dan hanya mematikan plug tersebut sesudah kita bangun daripada tidur. Ini boleh mengakibatkan bateri telefon bimbit menjadi panas dan akhirnya boleh mengakibatkan bateri kembung dan rosak. Punca sebenar daripada kes ini tidaklah saya mengetahui degan terperinci tetapi cukuplah kita membuka mata untuk lebih berhati-hati menggunakan media elektronik ini.

Ada juga di antara kita yang suka mengecaj telefon sambil mendengar lagu menggunakan earphone. Ini sebenarnya tidak elok kerana kita tidak tahu arus yang sedang mengalir ke dalam telefon bimbit tersebut. Lebih membimbangkan lagi apabila seseorang itu tertidur dengan keadaan seperti ini. Telefon bimbit juga boleh meletup pada bila-bila masa tanpa kita sedar. 

Ada satu kejadian yang telah berlaku di mana seseorang itu menjawab panggilan telefon menggunakan earphone sambil mengecaj telefon dan akhirnya telefon meletup ketika dia sedang asyik berborak. Ini boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk pada bahagian telinga seseorang itu. 

Oleh itu, sentiasalah berwaspada dalam melakukan apa sahaja terutamanya yang berkaitan dengan arus elektrik. Jagalah aset berharga kita iaitu seluruh tubuh badan kita yang dipinjamkan oleh Allah dengan sebaiknya. Sentiasalah berpegang kepada slogan "mencegah lebih baik daripada merawat" . Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Amin......... 


Berdosakah insan yang bergelar bayi?


Di Malaysia, isu yang sering terngiang-ngiang di telinga rakyat Malaysia adalah isu pembuangan bayi. Isu ini tidak pernah jumpa jalan penyelesaiannya. Isu ini boleh selesai hanya apabila seseorang itu mempunyai kesedaran moral yang tinggi. 

Pada hari ini iaitu 23 April 2016, Berita Harian melaporkan bahawa kes pembuangan bayi berlaku di Puchong. Seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui dalam beg plastik di hadapan sebuah rumah pangsapuri di Bandar Puteri 3, Puchong, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah, berkata bayi terbabit ditemui oleh seorang lelaki pada jam 11.57 malam, yang mendengar tangisannya. "


Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Serdang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.


Persoalan di sini, mengapakah bayi yang tidak berdosa diperlakukan sebegini? Apakah yang menjadi kesalahan bayi ini sehingga dibuang dan tidak dijaga seperti mana ibu bapa kita menjaga kita sewaktu kecil? Isu di Puchong ini berkaitan dengan bayi yang berumur sebulan. Akan tetapi, terdapat juga bayi yang dibuang selepas sahaja dilahirkan sehingga ada bayi yang dibuang masih lagi tidak dipotong tali pusatnya. Di manakah keperihatinan orang yang membuang bayi tersebut? 

Sebelum ini, isu yang pernah hangat diperkatakan adalah pembuangan bayi di tong sampah sehingga mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia. Sebuah keluarga yang berhati mulia telah mengambil bayi tersebut untuk dibela dan dijaga sebaiknya sehingga sekarang menjadi seorang kanak-kanak yang sangat comel. Di sini, apakah perasaan ibu kepada bayi tersebut? Di manakah naluri beliau sebagai seorang ibu? Tidakkah tersentuh sedikit hati beliau apabila ada orang lain yang sanggup mengambil anaknya daripada tong sampah, tempat bayi tersebut dibuang.

Kebanyakan yang kita dengar adalah isu pembuangan bayi ini disebabkan oleh keterlanjuran remaja-remaja yang akhirnya boleh memakan diri sendiri apabila si lelaki tidak mahu bertanggungjawab atas perlakuannya itu sama ada perlakuan itu secara sukarela daripada kedua-dua belah pihak ataupun secara paksa. Apabila didapati perempuan itu mengandung, menjadi satu masalah untuk merayu kepada si lelaki untuk bertanggungjawab. Si perempuan beruntung sekiranya si lelaki mahu bertanggungjawab atas perlakuan mereka dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan gejala ini. Akan tetapi, ramai lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab dan menyuruh si perempuan menggugurkan sahaja kandungan itu ataupun membuang sahaja bayi tersebut. Di sini, saya tidak menyatakan bahawa semua ini adalah berpunca daripada lelaki tetapi ini adalah kesedaran bersama yang harus dipupuk dalam diri bahawa gejala sosial yang mencalarkan imej diri sendiri haruslah ditolak tepi. 

Dengan gejala sosial seperti ini membuatkan bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang dan tidak memberinya peluang untuk hidup dan mengenal siapa ibu bapa mereka. Bayi-bayi ibarat kain putih yang tidak mempunyai sebarang dosa telah pun dianiaya dan tidak dijaga dengan sempurna. 

Justeru, hindarilah diri daripada terlibat dengan gejala-gejala sosial seperti ini dan pupuklah nilai moral yang tinggi dalam diri kita supaya kita bersih daripada isu-isu seperti ini. Jagalah maruah kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Sekian sahaja daripada saya mengenai isu ini. Semoga berjumpa lagi di ruangan yang berikutnya. Zai jian!

Pokok untuk Bumi


Semalam (Jumaat, 22 April 2016) adalah sambutan Hari Bumi, dengan temanya 'Pokok Untuk Bumi'. Negara kita sebenarnya sudah mengorak langkah proaktif dengan melaksanakan tindakan untuk menanam pokok melalui kerjasama rakan strategik di seluruh negara. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang bernaung di bawahnya seperti Jabatan Hutan, Jabatan Alam Sekitar bersama-sama guru, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan menyasarkan penanaman pokok sebanyak 80 juta menjelang 2020 di seluruh negara. 

Kini terdapat satu pengiktirafan yang sedang berkembang bahawa alam semula jadi atau kehijauan ini memberikan manfaat cukup besar terutamanya terhadap penduduk bandar dan memainkan peranan penting dalam perancangan bandar yang sihat dan berdaya huni. Kesihatan adalah salah satu angkubah dalam bandar yang berdaya huni yang akhirnya membawa kepada bandar lestari sifatnya. 

Penduduk dunia pada hari ini berjumlah melebihi tujuh bilion orang, tetapi separuh daripadanya tinggal di bandar besar dan kecil. Pertambahan penduduk ini membawa bersama-samanya kesan terhadap perubahan iklim yang semakin menyukarkan yang perlu disesuaikan oleh penduduk di seluruh dunia termasuklah di negara kita ini. Pertambahan penduduk bandar di Malaysia yang berjumlah lebih 22 juta, terbabit dalam perubahan ini. Justeru, pada masa ini adalah masa sesuai untuk melakukan perubahan menuju kecekapan dan membawa bersama-samanya menuju ke satu tahap pembandaran yang tinggi dan lestari sifatnya. Kepelbagaian fungsi dan manfaat pokok dan hutan bandar dapat dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu integriti ekologi; teater sosial, budaya dan nilai sejarah; keampuhan ekonomi; pembangunan prasarana minda yang membentuk nilai estetika dan arkitektur; dan fizikal serta pengikliman.



Inisiatif kesihatan awam


Prasarana hijau dibangunkan yang membabitkan semua prasarana semula jadi, separa semula jadi, jaringan sistem ekologi pelbagai fungsi yang terdapat di dalam, di sekeliling atau di antara kawasan bandar. Tumpuan utama prasarana hijau ini ialah berpotensi untuk mengintegrasikan pembangunan bandar, pengekalan alam sekitar dan inisiatif kesihatan awam yang dibina di kawasan bandar untuk rekreasi, mampu mengendalikan aktiviti membabitkan kesihatan secara tidak formal, secara tidak langsung membentuk integriti ekologi kawasan berkenaan. 

Sebagai contohnya ialah kawasan rekreasi hutan bandar yang memberi peluang untuk warganya beriadah dan berinteraksi dalam kalangan mereka. Hutan dan kawasan hijau juga bertindak sebagai teater sosial dengan kombinasi pokok yang ditanam dan tasik semula jadi atau buatan misalnya dapat mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan secara berterusan. Di sini juga masyarakat berinteraksi dengan penuh rasa kegembiraan di samping menghirup udara segar yang datangnya daripada pokok yang ditanam tersusun rapi.

Antara yang paling terkesan terhadap kehidupan harian manusia terutamanya yang tinggal di bandar adalah peningkatan suhu kesan daripada fenomena El-Nino yang sedang melanda kebanyakan negara di dunia termasuklah Malaysia. Kesan peningkatan suhu ini telah menimbulkan keresahan berterusan terhadap manusia. Hasil kajian menunjukkan bahawa suhu akan berkurangan di kawasan yang diliputi pokok atau kawasan berhutan. Pengurangan jumlah suhu ini memberi kesan ketara terhadap penduduk yang berada di sekitarnya.

Marilah kita bersama-sama menjaga hutan simpan kita dan elakkan diri daripada terlibat dengan gejala-gejala pembalakkan haram. Dunia sedang tenat dan ini adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini untuk memelihara alam semula jadi agar kita semua mendapat manfaat yang berterusan. Hashtag sayangi Malaysia ;) Zai jian!


Friday, 1 April 2016

Nabi Muhammad S.A.W mengadakan perjanjian dengan Kaum Yahudi

*gambar hiasan

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda yakin dengan kekemasan struktur masyarakat baru Islam, dengan tertegaknya kesatuan akidah, politik dan sistem di kalangan umat Islam. Baginda mengalih pandangan untuk menyusun hubungannya dengan golongan “bukan Islam” yang bertujuan untuk mewujudkan keamanan, kesejahteraan, kemuliaan dan kebaikan kepada manusia sejagat, di samping menyusun semula daerah al-Madinah dalam satu keharmonian hidup yang tulin. Baginda menggariskan peraturan-peraturan yang bersifat anjal dan toleransi yang belum pernah dinikmati oleh dunia yang penuh dengan sikap kefanatikan dan ego.
Golongan bukan Islam yang mendampingi Madinah ketika itu ialah golongan Yahudi, meskipun mereka memendam perasaan benci terhadap Islam, namun setakat ini mereka belum lagi memperlihatkan sebarang penentangan atau permusuhan. Justeru, Rasulullah memeteraikan perjanjian dengan memberi kemerdekaan penuh dalam soal agama dan kewangan kepada mereka. Rasulullah langsung tidak mengambil tindakan politik untuk bermusuh, menghalau atau merampas harta-harta mereka. Perjanjian yang dimeteraikan itu adalah di antara kandungan perjanjian antara kaum muslimin dengan kaum Yahudi.
Antara butiran Perjanjian:
  1. Janganlah kaum Yahudi membenci kaum Muslimin dan sebaiknya janganlah kaum Muslimin membenci mereka.
  2. Hendaklah kaum Yahudi dan kaum Muslimin hidup bersama-sama sebagai satu bangsa.
  3. Maka hendaklah mereka sama-sama tolong menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai piagam ini.
 4. Maka hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, saling membuat kebajikan dan bukan dosa.
  5. Pertolongan hendaklah diberikan kepada orang yang dizalimi.
 6. Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah bersepakat dengan orang-orang mukmin selama mana mereka tidak berada dalam keadaan perang.
  7. Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sepenuhnya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini.

  8. Bahawa jikalau kota Madinah di serang oleh musuh dari luar maka kaum Yahudi dan kaum Muslimin harus mempertahankannya bersama-sama.

Demikianlah singkatnya surat perjanjian Nabi Muhammad S.A.W. dengan kaum Yahudi. Kemudian pada bahagian terakhir perjanjian itu Nabi menyatakan: ''Bahawa jika di antara kaum Yahudi dan kaum Muslimin timbul perselisihan, maka Nabi Muhammad S.A.W.  yang akan menjadi hakim untuk perkara itu.''

Dengan termeterainya perjanjian ini maka Madinah dan persekitarannya menjadi sebuah negara yang aman dan damai. Ibu negerinya adalah al-Madinah, pemimpinnya adalah Rasulullah (S.A.W.), kata-kata pemutus dan kekuasaan yang tertinggi adalah kaum muslimin. Dengan itu, maka al-Madinah menjadi sebuah ibu negara Islam. Dan untuk memperluaskan daerah keamanan dan kesejahteraan ini di masa hadapan, maka Rasulullah mengadakan perjanjian dengan qabilah-qabilah yang lain berdasarkan keadaan dan suasana.

Nota kaki: Sekiranya terdapat kesalahan input di blog ini, anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen anda supaya kita sama-sama memahami dan belajar dengan lebih mendalam lagi  tentang perkara ini. Terima kasih dan semoga berjumpa di ruangan berikutnya! Zai jian! :)